Cetak Hari-Hari.....

Friday, February 26, 2010

RESIT,BILL BOOK,INVOIS



BIZ-Document ::
Ia seperti resit, bil, invois, Purchase Order (PO), Delivery Order (DO)..Sudah tentu anda perlukan jika anda menjalankan perniagaan atau apa sahaja pekerjaan. Semua orang memerlukannya untuk urusan harian mereka.
Dengan kertas NCR (carbonless) atau biasa, lapisan yang pelbagai, pilihan warna, cetakan bernombor serta garisan putus (perforate)..memudahkan dunia perniagaan anda. Anda hanya hantarkan maklumat, kami yang akan membina rekabentuk dan cetakan. Sudah pastinya, anda hanya perlu menunggu dan menerima tempahan anda dipintu pejabat anda. Mudah.. Amat mudah! Hubungi kami hari ini.
TERUS KE PEJABAT ANDA!!!

...................................................................
Invois dan resit : Asnaf Edar, Lembaga Zakat Selangor
Pelanggan: Bila anda mendapat sebut harga dari mana-mana peniaga, anda perlu menghantar Purchase Order atau PO kepada mereka. Satu salinan untuk mereka dan satu salinan untuk anda. Bila anda telah menerima barangan atau perkhidmatan, anda akan menerima Delivery Order (DO) dan invois dari mereka dan sudah tentu anda perlu membuat bayaran. Anda memerlukan Baucer Bayaran sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Satu salinan untuk mereka dan anda menyimpan satu salinan. Anda akan menerima resit dari mereka.
Peniaga: Sudah pasti bila anda berniaga, samada menjual barangan atau perkhidmatan, pelanggan akan memohon sebut harga dari anda. Sudah tentu anda memerlukan letter head untuk membuatnya. Setelah pelanggan bersetuju, anda akan menerima PO dari mereka. Anda akan menyerahkan barangan atau perkhidmatan kepada meraka. Sebagai bukti penyerahan (barangan atau perkhidmatan tersebut) satu Delivery Order atau DO perlu diserahkan kepada pelanggan beserta dengan Invois (untuk tujuan tuntutan jualan atau perkhidmatan). Satu salinan untuk mereka dan dua salinan untuk anda. Anda akan menerima baucer bayaran dan jangan lupa berikan mereka resit sebagai bukti penerimaan bayaran.
Perkara di atas adalah senario perniagaan. Lihat! Bagaimana Biz-Document memainkan peranan penting dalam perniagaan harian
.
.................................................................................................................................

Dengan perkhidmatan yang kami tawarkan, sudah tentu melancarkan serta memudahkan lagi perniagaan anda dan terus bergerak maju.

Garisan putus (Perforation)
Pelbagai helaian (ply)
NCR (Kertas berkarbon)
Bernombor
Spesifikasi Biz-Document yang kami tawarkan. Dengan 37 saiz pilihan, anda hanya nyatakan pilihan anda!
Saiz (mm)
Saiz Pilihan Anda
90 x 140, 90 x 177, 95 x 210, 95 x 225, 105 x 145, 105 x 175, 107 x 190, 110 x 210, 120 x 210, 120 x 230,
125 x 175, 135 x 210, 145 x 148, 145 x 190, 145 x 210, 160 x 240, 165 x 210, 170 x 190, 176 x 250, 180 x 280,
190 x 148, 190 x 210, 190 x 270, 190 x 290, 190 x 297, 192 x 268, 205 x 194, 206 x 173, 206 x 240, 206 x 330,
210 x 270, 210 x 297, 250 x 353, 291 x 148, 291 x 210, 291 x 420, 330 x 420,
Warna Cetakan
Pilihan 1 : Cetakan 1 & 2 warna
Pilihan 2 : Cetakan 4 warna
Bahagian Cetakan:1 Bahagian sahaja
Kertas:: NCR (carbonless paper) :: Simili & Bond paper 50gsm :: Newsprint paper (bottom layer) :: Craft paper & craft card for book jacket
Kuantiti:10 hingga 1000 buku (1 buku : 50 helai)
Jumlah helaian (ply)
2 hingga 6 helaian (ply) Warna : Putih.Biru.Hijau.Merah Jambu.Kuning
Jilid
1. Pad atas atau tepi. 2. Perforation (garisan putus) atas atau tepi


Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
Emelkan maklumat berikut ke
hannan_art@yahoo.comdan kami kami akan memberikan anda harga cetakan. Hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai harga.
Jenis kerja. (Contoh: Invois/Bil/DO)
Saiz. (Contoh: 120 x 210)
Warna cetakan. (Contoh: 1 warna/2 warna/4 warna)
Kuantiti cetakan. (contoh: 10 buku / 40 buku)
Jenis jilid. (Contoh: Pad atas / Pad tepi)
Jumlah helaian (Contoh: 2 ply / 6 ply)
Nombor bermula (Contoh: 0001 atau 2501. * Jika perlu)
Alamat penghantaran. (Contoh: No. 15, Jalan Sunway 1/10, Bdr. Sunway Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor.)

.................................................................................................................................
LANGKAH BERIKUTNYA?
Setelah anda berpuashati dengan harga, sila maklumkan persetujuan anda melalui emel. Kami akan mula merekabentuk (setelah anda menghantar maklumat berkaitan) dan menghantar rekabentuk tersebut (dalam format PDF) untuk anda lihat dan semak. Jika terdapat pembetulan/perubahan atau terdapat sebarang pertanyaan, sila maklumkan kepada kami. Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan.
Setelah anda berpuashati dengan rekabentuk, anda boleh membuat pembayaran kepada kami (terdapat beberapa cara pembayaran mudah di akhir laman web).
Kami akan memulakan kerja-kerja percetakan dan anda akan menerima tempahan anda dalam tempoh 7-10 hari. Terus ke alamat yang anda nyatakan.
..................................................................................................................................
Mudah bukan? Tunggu apa lagi, hubungi kami hari ini! Anda boleh juga menghubungi kami di talian 016317 3844






















:: kembali ::

No comments:

Post a Comment