Cetak Hari-Hari.....

Friday, February 26, 2010

RESIT,BILL BOOK,INVOIS



BIZ-Document ::
Ia seperti resit, bil, invois, Purchase Order (PO), Delivery Order (DO)..Sudah tentu anda perlukan jika anda menjalankan perniagaan atau apa sahaja pekerjaan. Semua orang memerlukannya untuk urusan harian mereka.
Dengan kertas NCR (carbonless) atau biasa, lapisan yang pelbagai, pilihan warna, cetakan bernombor serta garisan putus (perforate)..memudahkan dunia perniagaan anda. Anda hanya hantarkan maklumat, kami yang akan membina rekabentuk dan cetakan. Sudah pastinya, anda hanya perlu menunggu dan menerima tempahan anda dipintu pejabat anda. Mudah.. Amat mudah! Hubungi kami hari ini.
TERUS KE PEJABAT ANDA!!!

...................................................................
Invois dan resit : Asnaf Edar, Lembaga Zakat Selangor
Pelanggan: Bila anda mendapat sebut harga dari mana-mana peniaga, anda perlu menghantar Purchase Order atau PO kepada mereka. Satu salinan untuk mereka dan satu salinan untuk anda. Bila anda telah menerima barangan atau perkhidmatan, anda akan menerima Delivery Order (DO) dan invois dari mereka dan sudah tentu anda perlu membuat bayaran. Anda memerlukan Baucer Bayaran sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Satu salinan untuk mereka dan anda menyimpan satu salinan. Anda akan menerima resit dari mereka.
Peniaga: Sudah pasti bila anda berniaga, samada menjual barangan atau perkhidmatan, pelanggan akan memohon sebut harga dari anda. Sudah tentu anda memerlukan letter head untuk membuatnya. Setelah pelanggan bersetuju, anda akan menerima PO dari mereka. Anda akan menyerahkan barangan atau perkhidmatan kepada meraka. Sebagai bukti penyerahan (barangan atau perkhidmatan tersebut) satu Delivery Order atau DO perlu diserahkan kepada pelanggan beserta dengan Invois (untuk tujuan tuntutan jualan atau perkhidmatan). Satu salinan untuk mereka dan dua salinan untuk anda. Anda akan menerima baucer bayaran dan jangan lupa berikan mereka resit sebagai bukti penerimaan bayaran.
Perkara di atas adalah senario perniagaan. Lihat! Bagaimana Biz-Document memainkan peranan penting dalam perniagaan harian
.
.................................................................................................................................

Dengan perkhidmatan yang kami tawarkan, sudah tentu melancarkan serta memudahkan lagi perniagaan anda dan terus bergerak maju.

Garisan putus (Perforation)
Pelbagai helaian (ply)
NCR (Kertas berkarbon)
Bernombor
Spesifikasi Biz-Document yang kami tawarkan. Dengan 37 saiz pilihan, anda hanya nyatakan pilihan anda!
Saiz (mm)
Saiz Pilihan Anda
90 x 140, 90 x 177, 95 x 210, 95 x 225, 105 x 145, 105 x 175, 107 x 190, 110 x 210, 120 x 210, 120 x 230,
125 x 175, 135 x 210, 145 x 148, 145 x 190, 145 x 210, 160 x 240, 165 x 210, 170 x 190, 176 x 250, 180 x 280,
190 x 148, 190 x 210, 190 x 270, 190 x 290, 190 x 297, 192 x 268, 205 x 194, 206 x 173, 206 x 240, 206 x 330,
210 x 270, 210 x 297, 250 x 353, 291 x 148, 291 x 210, 291 x 420, 330 x 420,
Warna Cetakan
Pilihan 1 : Cetakan 1 & 2 warna
Pilihan 2 : Cetakan 4 warna
Bahagian Cetakan:1 Bahagian sahaja
Kertas:: NCR (carbonless paper) :: Simili & Bond paper 50gsm :: Newsprint paper (bottom layer) :: Craft paper & craft card for book jacket
Kuantiti:10 hingga 1000 buku (1 buku : 50 helai)
Jumlah helaian (ply)
2 hingga 6 helaian (ply) Warna : Putih.Biru.Hijau.Merah Jambu.Kuning
Jilid
1. Pad atas atau tepi. 2. Perforation (garisan putus) atas atau tepi


Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
Emelkan maklumat berikut ke
hannan_art@yahoo.comdan kami kami akan memberikan anda harga cetakan. Hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai harga.
Jenis kerja. (Contoh: Invois/Bil/DO)
Saiz. (Contoh: 120 x 210)
Warna cetakan. (Contoh: 1 warna/2 warna/4 warna)
Kuantiti cetakan. (contoh: 10 buku / 40 buku)
Jenis jilid. (Contoh: Pad atas / Pad tepi)
Jumlah helaian (Contoh: 2 ply / 6 ply)
Nombor bermula (Contoh: 0001 atau 2501. * Jika perlu)
Alamat penghantaran. (Contoh: No. 15, Jalan Sunway 1/10, Bdr. Sunway Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor.)

.................................................................................................................................
LANGKAH BERIKUTNYA?
Setelah anda berpuashati dengan harga, sila maklumkan persetujuan anda melalui emel. Kami akan mula merekabentuk (setelah anda menghantar maklumat berkaitan) dan menghantar rekabentuk tersebut (dalam format PDF) untuk anda lihat dan semak. Jika terdapat pembetulan/perubahan atau terdapat sebarang pertanyaan, sila maklumkan kepada kami. Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan.
Setelah anda berpuashati dengan rekabentuk, anda boleh membuat pembayaran kepada kami (terdapat beberapa cara pembayaran mudah di akhir laman web).
Kami akan memulakan kerja-kerja percetakan dan anda akan menerima tempahan anda dalam tempoh 7-10 hari. Terus ke alamat yang anda nyatakan.
..................................................................................................................................
Mudah bukan? Tunggu apa lagi, hubungi kami hari ini! Anda boleh juga menghubungi kami di talian 016317 3844






















:: kembali ::

SIJIL



Sememangnya ia amat diperlukan apabila tamat kursus, seminar, workshop, program motivasi dan lain-lain lagi.
Kami berpengalaman dalam mencetak sijil dengan cetakan, kertas dan kemasan yang pelbagai.

1.Saiz:A4
2. Jenis Kertas:Goat Skin,Ivory Card 180 gsm
Simili 140 gsm
3. Kemasan:Hot Stamping (Gold/Silver)
4. Nombor:000001 - 999999
5. Kuantiti :500 / 1000 / 1500 / 2000 / 2500 3000 / 4000 / 5000 / 6000 / 7000 / 8000 / 9000 / 10000

Sijil Penyertaan Akademi Latihan & Keselamatan Makanan (ALKEM)

.................................................................................................................................
BAGAIMANA BERURUSAN?
Anda perlu menghantar maklumat di bawah ke emel kami iaitu hannan_art@yahoo.com) untuk mengetahui kos atau harga mencetak sijil.
Jika anda telah bersetuju dengan harga yang kami berikan. Sila maklumkan kami. Kami akan menghubungi anda melalui telefon atau emel.
Kami akan mendapatkan maklumat terperinci mengenai sijil yang akan dicetak seperti teks, logo, tandatangan, kod warna dan sebagainya. Anda boleh menghantarkan maklumat berkaitan melalui emel/faksmili dan pos (cara yang difikirkan sesuai dan mudah).
Kami akan merekabentuk dan menghantar contoh rekabentuk sijil kepada anda melalui emel untuk semakan teks, warna dan kedudukan.
Anda memaklumkan kami perubahan/pembetulan melalui telefon atau emel (jika ada perubahan/pembetulan).
Kami akan membaiki segera pembetulan (dalam tempoh 24 jam) dan menghantar kembali rekabentuk sijil tersebut bagi semakan kedua.
Pembetulan/perubahan akan kami lakukan sehingga anda berpuashati dan bersedia untuk mencetaknya.
Anda membuat pembayaran sebanyak 50% sebelum kerja-kerja percetakan dijalankan. Baki 50% pembayaran dibuat ketika sijil dihantar ke tempat anda.
.................................................................................................................................
HARGA :
Bagi mendapatkan harga cetakan bagi sijil yang anda perlukan, sila hantarkan maklumat berikut ke hannan_art@yahoo.com :
Nama.
Emel.
No. Telefon.
Saiz sijil (biasanya bersaiz A4).
Jenis kertas (Jika perlu, sila hubungi kami bagi mendapatkan pandangan tentang jenis kertas yang sesuai dengan kegunaan sijil anda).
Kemasan (seperti Gold stamping atau Silver stamping, jika ada).
Nombor (jika ada).
Kuantiti.
Alamat penghantaran.


................................................................................................................................

FLYERS










Kami mendapat kepercayaan untuk merekabentuk dan mencetak risalah, flyers, brochure, pamplet dan pelbagai lagi jenis bagi meluaskan lagi perniagaan pelanggan kami. Ya! ia sangat membantu bagi mendapatkan lebih ramai lagi pelanggan. Dengan mengedarkankannya pada ekspo, majlis, pameran atau diedarkan dari kedai-kedai atau melalui peti surat pelanggan, anda bakal menerima panggilan dan tentunya tempahan dari mereka.
Kami juga turut mendapat tempahan bagi pelancaran produk baru atau perkhidmatan baru dari pihak swasta atau pun kerajaan. Terbaru, Jabatan Agama Islam Melaka mencetak 12 jenis risalah baru bagi menerangkan undang-undang Syariah Negeri Melaka terkini bagi makluman umum.
Dengan meletakkannya dikaunter-kaunter tertentu, para pelanggan akan mendapatkan maklumat yang ingin disampaikan seterusnya ia akan mencapai matlamat yang disasarkan.
Begitulah ia berfungsi. Jika ia berguna kepada pelanggan kami, sudah tentu ia juga berguna kepada anda. Hubungi kami bagi mendapatkan harga cetakan! Hubungi kami hari ini!
.................................................................................................................................


.................................................................................................................................
KAEDAH LIPATAN ::
Tiada lipatan
Satu lipatan
Dua lipatan
Tiga lipatan
.................................................................................................................................
JENIS KERTAS ::
Kertas turut memainkan peranan dalam menjadikan flyers anda kelihatan cantik. Terdapat beberapa jenis kertas yang selalu digunakan. Makluman berikut hanyalah pandangan kami berdasarkan pengalaman kami. Anda berhak menggunakan apa sahaja jenis kertas yang anda mahukan.
SIMILI PAPER : Terdapat ketebalan yang berbeza seperti 70 gsm, 80 gsm, 100 gsm, 120 gsm dan 140 gsm. Bagaimanapun, kebiasaanya untuk flyers hanya menggunakan 70 gsm dan 80 gsm terutama bagi cetakan 1 warna. Kertas ini sedikit kesat dan anda sudah pasti pernah melihat dan memegangnya. Ia biasa digunakan untuk perkhidmatan photostat. Terdapat juga pelanggan kami yang menggunakan 100 gsm untuk cetakan 4 warna. Ia tetap menarik dan menyerlah!
GLOSSY ART PAPER : Kertas ini biasa digunakan untuk flyers. Kebanyakkan flyers yang anda dapati di kedai atau supermarket/ekspo/gerai dan sebagainya adalah dari jenis ini dengan ketebalan 128 gsm. Kertas jenis ini amat sesuai bagi flyers yang banyak gambar berbanding teks. Ini kerana kertas ini lebih berkilat (glossy). Terdapat juga dengan ketebalan 105 gsm dan 157 gsm. Namun amat jarang digunakan untuk flyers. 157 gsm biasa digunakan untuk poster dan kalendar dinding.
MATTE ART PAPER : Kertas ini sedikit berbeza dengan Glossy Art Paper. Kertas ini kurang berkilat dan lebih sesuai untuk flyers yang banyak teks. Ini bagi memudahkan pembacaan (keterbacaan). Ketebalannya juga seperti Glossy Art Paper.
.................................................................................................................................
KEMASAN ::
Ultra Varnish (UV) : Kemasan ini bagi menambahkan kilat pada flyers. Ia akan menaikkan lagi seri warna pada kertas. Kemasan ini paling murah berbanding kemasan lain.
Glossy Laminate : Kemasan ini juga bagi menambahkan kilat pada flyers. Bezanya dengan UV ialah kemasan ini diselaputi dengan sejenis plastik kilat. Selain utntuk menyerlahkan warna, ia menjadikan flyers lebih tahan dan kalis air.
Matte Laminate : Kemasan ini juga adalah dari lapisan plastik. Walaupun ia tidak berkilat namun ia menjadikan flyers kita kelihatan esklusif dan hebat. Turut menambahkan kualiti flyers serta menyerlahkan lagi kredibiliti pemilik flyers. Walaubagaimanapun, kemasan matte ini agak mahal. Ia biasanya ditempah dan diminta oleh syarikat korporat dan bagi kegunaan majlis yang besar.
.................................................................................................................................
SPESIFIKASI FLYER/RISALAH
1. Saiz flyers: A6 A5 A4 A3 A2
2. Kertas: 70gsm simili 80gsm simili 105gsm art paper
128gsm art paper 157gsm art paper 230gsm art card
3. Warna cetakan: 4 warna 2 warna 1warna
4. Kemasan: UV Glossy laminate Matte laminate Embosse
Hot stamping
5. Lipatan 1,2,3,4,5
6.Kuantiti 500 1000 2000 3000 4000 5000
10000 20000 30000
Apa yang anda perlu lakukan ialah menghantar beberapa maklumat berikut:
Nama anda.
Nombor telefon.
Tajuk risalah/pamplet.
Saiz (contohnya A5, A4).
Jumlah lipatan (jika ada).
Jenis kertas. Biasanya 70 gsm simili, 80 gsm simili, 100 simili, 120 gsm simili, 140 gsm simili,128 gsm art paper & 157 gsm gsm art paper. Sila nyatakan jenis kertas jika tidak terdapat di sini.
Warna cetakan. Biasanya 1 warna, 2 warna atau 4 warna.
Kemasan. Seperti UV, Matte atau tiada.
Kuantiti. 500, 1000, 2000 atau berapa saja kuantiti. Sila nyatakan.
Alamat penghantaran. Kami akan turut menghantar mengikut keadaan yang sesuai, selamat dan cepat.
Nyatakan jua jika harga termasuk/tidak termasuk caj rekabentuk.


Sila sertakan jika terdapat maklumat tambahan selain perkara yang dinyatakan di atas.
Maklumat yang tidak lengkap akan menyebabkan kelewatan sebut harga yang diperlukan.
Kami sedia memberikan penerangan/konsultan jika anda tidak pasti tentang apa yang hendak anda lakukan.
Emelkan maklumat tersebut ke hannan_art@yahoo.com
Kami akan menghubungi anda dalam tempoh 24-48 jam bagi mengesahkan maklumat tersebut.

.................................................................................................................................
:: kembali ::



















BANNER







Ingin membuat hebahan melalui banner, bunting atau billboard? Ya! ia adalah antara pilihan pelanggan kami bagi menghebahkan pembukaan perniagaan mereka, tawaran promosi, lokasi perniagaan, anjuran karnival atau ekspo dan pelbagai lagi.
Yang terkini, terdapat pelanggan kami yang menggunakan bunting bagi memaklumkan majlis perkahwinan mereka. Dengan tunjuk arah yang lebih jelas, kini tetamu anda tidak lagi tercari-cari lokasi majlis perkahwinan anda. Hebat bukan?
Begitulah ia berfungsi. Jika ia berguna kepada pelanggan kami, sudah tentu ia juga berguna kepada anda. Hubungi kami bagi mendapatkan harga cetakan! Kami akan membuat PENGHANTARAN terus kepada anda. Ia adalah PERCUMA!
.................................................................................................................................
Apa yang anda perlu lakukan ialah menghantar beberapa maklumat berikut:
Nama anda.
Emel.
Tajuk banner/bunting/billboard.
Saiz (dalam kaki atau inci)
Jenis kegunaan (indoor atau outdoor) INDOOR : Bagi kegunaan dalam dewan atau bangunan. OUTDOOR : Bagi kegunaan luar, seperti digantung ditiang lampu.
Jenis bahan. Flex/Syntethic paper.
Warna cetakan. Biasanya 4 warna.
Kemasan 1. Matte/glossy laminate atau tiada.
Kemasan 2. Seperti PVC pipe, kayu atau lubang bucu.
Kuantiti.
Alamat penghantaran. Kami akan turut menghantar mengikut keadaan yang sesuai, selamat dan cepat.
Nyatakan jua jika harga termasuk/tidak termasuk caj rekabentuk.
Sila sertakan jika terdapat maklumat tambahan selain perkara yang dinyatakan di atas.
Maklumat yang tidak lengkap akan menyebabkan kelewatan sebut harga yang diperlukan.
Kami sedia memberikan penerangan/konsultan jika anda tidak pasti tentang apa yang hendak anda lakukan.
ke hannan_art
@yahoo.com
Kami akan menghubungi anda dalam tempoh 24 jam bagi mengesahkan maklumat tersebut.





:: kembali ::